Jumaat, 4 November 2011

Sejarah Penubuhan

Intellectual Training & Consultancy, atau singkatannya INTRAC, telah diasaskan pada awal tahun 2011. Diasaskan oleh lima orang anak muda, INTRAC ditubuhkan atas dasar kesedaran untuk menyeru masyarakat, terutama golongan remaja, untuk kembali menjadikan Islam sebagai cara hidup, sekaligus menangani kebejatan masalah sosial yang kian merunsingkan.

Bermotokan “Want, Work, Well”, INTRAC digerakkan oleh lima orang anak muda berbekalkan pengetahuan dan pengalaman dalam berinteraksi dengan golongan remaja. Semuanya merupakan ahli yang terlatih di bidang masing-masing, selain memiliki keilmuan dan kepakaran di dalam bidang yang dipelajari.

Alhamdulillah, kami bergerak aktif dalam memberikan ceramah motivasi, dan sehingga kini kami telah menjelajah ke beberapa buah sekolah, seperti:
  • Sekolah Agama Menengah (SAM) Bestari;
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu;
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu;
  • Sekolah Menengah Tahfiz Pasir Puteh, Kelantan;
  • Sekolah Menengah Agama Al-Khairiyah, Temerloh, Pahang;
  • Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang;
  • Sekolah Menengah Agama Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor;
  • dan sebagainya.

Selain itu, krew-krew kami juga aktif memenuhi undangan daripada pihak luar untuk menjayakan program-program tertentu, seperti:
  • Che Faizal Amir - tazkirah agama (di dalam dan di luar UIAM), moderator bagi forum Cinta Serban dan Jilbab (UIAM);
  • Che Faizul Azhar - tazkirah agama (di dalam dan di luar Darul Quran), ahli panel forum perdana;
  • Lukhman Abdul Taib - tazkirah agama (di dalam dan di luar UIAM), ceramah di dalam sebuah program di SMK St. Teresa (Kuching, Sarawak), bekerjasama dengan beberapa orang pelajar UIAM untuk menjayakan program kepimpinan anjuran UIAM.

0 comments:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews