Jumaat, 4 November 2011

Ucapan Alu-aluan

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.

Alhamdulillah, pertama-tama sekalinya kita merafakkan kesyukuran kita ke hadrat Allah SWT, kerana dengan ketakwaan kita kepada Allah SWT menjanjikan akan dimuliakan oleh Allah SWT, sebagaimana yang difirmankan di dalam Al-Quran:

“Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu.” (Surah Al-Hujurat, ayat 13)

Nak menggambarkan kepada kita, manusia yang paling dimuliakan oleh Allah SWT tidak disukat melalui harta, tidak disukat melalui kedudukan, tidak disukat melalui kehebatannya, tetapi disukat melalui ketakwaannya kepada Allah SWT.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Yang kedua, kita kenalah merafakkan seinfiniti selawat kepada Nabi Muhammad SAW. Kepimpinan Baginda dalam memimpin Islam, juga memimpin sebuah negara, memberikan gambaran kepada kita bahawa Islam bukanlah satu agama teroris. Memberikan kepada kita bahawa Islam adalah suatu agama yang syumul. Diberikan gambaran oleh Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhannya.” (Surah Al-Baqarah, ayat 208)

Kenapa Allah memerintahkan kita masuk ke dalam Islam secara keseluruhannya? Kerana agama Islam itu adalah agama yang syumul. Siapakah yang menyempurnakan agama itu? Tidak lain tidak bukan, ialah Nabi Muhammad SAW.

Mengenai blog yang baru sahaja disiapkan, saya selaku Director of Management amat berbesar hati. Alhamdulillah, kami mampu untuk melangkah setapak ke hadapan untuk kami melipatgandakan usaha dakwah kami kepada para pelajar.

Mengapa kami menghasilkan blog? Kerana ini adalah satu mekanisme, yang kami fikir harus ada untuk melakukan pencerahan kepada anda semua. Dan insya-Allah segala input atau modul atau intipati daripada ceramah kami atau di mana-mana kami berprogram ataupun pendekatan kami kepada masyarakat luar, kami akan sertakan di dalam blog ini juga.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Sebenarnya, dalam hidup kita ini, kita banyak mendengar masalah. Dalam masalah kita ini, banyak masalah yang kita kategorikan dalam masalah individu, ataupun dalam masalah masyarakat. Jadi, hendak disimpulkan di sini, semua orang ada masalah. Jadi, di manakah mekanisme untuk memotivasikan diri kita sendiri, daripada kita dalam keadaan jatuh (disebabkan ada masalah), di manakah kita hendak mencari orang yang boleh memotivasikan kita? Adakah kita tidak boleh untuk memotivasikan diri kita sendiri?

Jadi, di sinilah bermulanya titik tolak kepada kami untuk melakukan sedikit perubahan, bagaimanakah kita hendak melakukan kaedah motivasi kepada diri kita sendiri. Kerana, kita kena ingat, manusia yang paling berjaya ialah manusia yang berjaya untuk memotivasikan dirinya daripada keadaan yang cukup sederhana untuk jadi seorang yang luar biasa. Dan orang yang biasa ialah orang yang gagal dalam gaya pemikirannya, dan orang yang luar biasa ialah orang yang mempu berfikir secara luar biasa, di luar kotak pemikirannya.

Dan insya-Allah, dengan adanya blog kami ini akan memberikan banyak input kepada anda semua. Dan, permasalahan yang kita banyak dengar sekarang ini, iaitu masalah dari sudut remaja seperti pembuangan bayi, zina dan sebagainya, cukup merunsingkan sebenarnya. Dan kita seharusnya memainkan peranan yang cukup penting untuk kita menterjemahkan usaha kita ini kepada masyarakat, supaya masyarakat boleh memahami di manakah kesilapan dan kekurangan.

Akhir kalam daripada saya, semoga blog INTRAC ini akan diberikan sambutan hangat daripada sidang pengunjung sekalian. Apa yang baik itu datang daripada Allah SWT, yang buruk dizahirkan atas kelemahan diri saya sendiri, yang pastinya kedua-duanya datang daripada Allah SWT.



Che Faizal Amir bin Che Mat
Director of Management, INTRAC
Petaling Jaya, Selangor pada 4 November 2011

0 comments:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews